Sabtu, 5 Januari 2013

Letrik dari tenaga solar untuk rumah ku..

Alangkah baiknya jikalau aku mempunyai panel solar di atas rumah. Bekalan letrik boleh didapatkan terus dari tenaga matahari. Efisyen, mesra alam dan tak payah le tiap-tiap bulan bayar bil. Yahuuu! Bila-bila masa nanti aku nak pasang panel solar ni kat rumah aku.

Akan tetapi aku harus ingat. Untuk memasang panel solar seperti ini, yang cukup memberi bekalan letrik untuk seisi rumah, perbelanjaannya ialah sekitar AS$30,000 (RM92,000). Penal solar saja! Ini harga di Amerika Syarikat. Kalau ada diimpot dan dipasarkan di negara kita harganya tentu lebih lagi.

Belum pula termasuk pendawaian dan bateri penyimpan kuasa (untuk waktu hujan lebat dan sebelah malam sebab ketika tu mana ada cahaya matahari). Juga nak kena beli alat lain seperti 'inverter' untuk menukar arus DC yang dikeluarkan dari panel solar kepada arus AC yang diperlukan untuk peralatan letrik di rumah.

Belum lah lagi pulak kalau nantinya panel solar rosak terkena banyak tahi gagak atau bateri yang tamat tempoh, nak kena ganti. Banyak perbelajaannya. Sah tak cukup bajet.

Err.. lebih baik aku terus je guna letrik dari TNB. Perlu la bayar bil setiap bulan. Itu pun.. kekadang tertunggak. Hai Mat Jenin, Mat Jenin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan