Sabtu, 29 Disember 2012

Mati setelah makan telor mentah

Biasa lah, jika kita dengar ada orang atau kita sendiri memakan telur separuh masak. Pernah pula ku dengar ada orang dulu-dulu (yang bekerja berat), menjadikan sebiji dua telur mentah (telur ayam kampung) sebagai menu tambahan mereka semasa sarapan pagi sebelum memulakan kerja. Ianya dipercayai mampu membuat badan lebih kuat dan kekal bertenaga sepanjang hari. Mungkin kini ada juga orang yang mengamalkannya. Sejauh mana keberkesanannya? Allahu A'lam.

Bagaimana pula jika seseorang memakan telur mentah dengan banyak sekali gus? Menurut satu berita, seorang lelaki Tunisia, Dhaou Fatnassi, 20, mati setelah memakan 28 biji telur mentah. Dia yang dikatakan mengaku boleh memakan 30 biji telur mentah sekali gus, cuba membuktikan kepada seorang kawan yang sanggup memberikan sejumlah wang jika dia berjaya melakukannya.

Bagaimanapun, setelah memakan 28 biji telur mentah, dia rebah dengan mengalami kesakitan perut yang amat sangat. Dengan segera dia dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi dia disahkan mati apabila sampai di hospital berkenaan. #Mail Online


– Telur adalah sumber protein dan sebahagian dari diet yang sihat.

Tapi tahukah anda bahawa setiap biji telur mentah juga berkemungkinan besar mengandungi bakteria Salmonella, bakteria yang tidak akan mati pada kesejukan tahap suhu beku tetapi ianya akan musnah jika terdedah kepada radiasi ultraviolet atau suhu melebihi 75 °C dalam masa hanya 10 minit.

Jadi, sebaik-baiknya makan lah telur masak atau sekurang-kurangnya telur separuh masak yang telah diredam ke dalam air panas mendidih selama tak kurang dari sepuluh minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan