Jumaat, 28 Disember 2012

Haiwan guna persekitaran untuk bersembunyi

Di dalam hutan, ada haiwan pemangsa yang tahu menggunakan keadaan persekitaran untuk bersembunyi menunggu mangsa. Begitu juga haiwan yang diburu, ada yang hanya mendiamkan diri di sebalik dedaun untuk mengelak dari dikesan dari pemangsa.

Kita lihat bagaimana haiwan-haiwan ini menjadi seakan-akan halimunan bersama warna-warni alam semulajadi. Klik gambar untuk lebih jelas.


Seekor serigala sedang memerhati di sebalik pokok. Dapat kah anda mengesannya?


Seekor rusa sedang bersembunyi.


Di sebalik pokok dan semak samun yang hampir sama dengan warna kulitnya, seekor harimau bintang dengan sabar menunggu mangsa.


Hanya mata yang kelihatan. Seekor buaya bersembunyi di bawah kiambang.


Seekor ular di bawah pasir.

#Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan