10Gambar, bahagian 7

Cerita gambar dan link.


Gurun Radioaktif: Peta ini menunjukkan lokasi Tasik Karachay dan kawasan sekitar Chelyabinsk, Rusia, yang teruk tercemar oleh sisa nuklear. Dengan hanya berdiri di tepi tasik berkenaan selama sejam seseorang akan mati kerana dos radiasi yang tinggi. #Mail Online


Gambar asal dari Jabatan Polis Santa Ana. Ahli kumpulan gangster seberat 425 pound ini ditahan atas tuduhan cuba menculik seorang budak lelaki. #HUFFPOST


#Sinar Harian


Elsie Eiler, 77, adalah satu-satunya orang yang masih tinggal di Monowi, Nebraska, yang kini sunyi sepi akibat penghijrahan penduduk. #AMAZING FACTS


Dengan memakai t-shirt, berkaki ayam dan berkain pelikat, pelajar-pelajar di sebuah sekolah pondok di Kediri, Indonesia, bermain bola api – bola yang sebenarnya buah kelapa yang telah direndam ke dalam minyak tanah selama dua hari. #The Sun


Kereta Fiat 500 L 1971, pernah dimiliki oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron, dijangka akan dilelong pada 17 November depan. Ada yang berminat? #The Telegraph


Seorang lelaki Itali, Dito Von Tease, telah menghasilkan wajah di atas jari secara digital. Dari wajah Hitler hingga ke Muammar Gaddafi, wajah-wajah 'finger puppets' ciptaannya begitu meyakinkan dan mudah dikenali. Dapat kah korang mengecam wajah-wajah ini? Lihat lebih banyak gambar 'finger puppets' di Ditologi


Gambar ini hanya gambar hiasan dalam satu berita, yang lebih kurang ringkas beritanya begini: Seorang wanita Perancis 'hampir terkena sakit jantung' apabila menerima bill telefon berjumlah €11,721,000,000,000,000! #theguardian


Seorang datuk bersama cucunya? Ohh.. bukan. Mereka adalah bakal pasangan suami isteri. Phh!! #Mail Online
Kemaskni terakhir 22:58, 12 Oktober 2012.

Ulasan