Catatan ringkas minggu terakhir Julai 2012

23 Julai 2012:

120,000 orang lari dari Syria

Bukan semua rakyat Syria menjadi penyokong kuat pemerintah dan bukan semua yang menentang pemerintah. Mereka adalah rakyat yang ingin hidup aman. Tetapi bila berlaku peperangan, mereka turut terbabit. Ramai terkorban. Kanak-kanak juga turut menjadi mangsa. Kini lebih dari 120,000 orang rakyat Syria telah melarikan diri ke negara jiran seperti Turki, Iraq, Lebanon dan Jordan.
#Amid violence, Syrians race to borders

Kemaskini 24 Julai 2012:

Gambar yang mengelirukan otak

Terdapat beberapa imej yang dicipta sebegitu rupa, yang boleh mengelirukan otak kita bila memandangnya – imej yang sebenarnya pegun kelihatan berubah atau bergerak-gerak.

Kemaskini 26 Julai 2012:

Mutiara sebesar bola golf

Satu fosil tiram yang sepuluh kali lebih besar dari tiram biasa di temui di selat Solent, England. Ia dikatakan berusia 145 juta tahun. Melalui scan MRI, fosil tiram berkenaan dikesan memiliki sebiji mutiara sebesar bola golf.

Kemaskini 28 Julai 2012:

Mary Poppins berterbangan

Persembahan yang menarik. Mary Poppins kelihatan berterbangan di acara pembukaan Sukan Olimpik 2012.

Kemaskini 31 Julai 2012:

BMW tree series

Kalau BMW 5 Series biasa la kita tengok. Banyak juga kereta jenis ini kelihatan di jalanraya, yang baru maupun yang lama. Tapi pernah kah korang lihat BMW tree series?

Ulasan