Rabu, 25 Julai 2012

Hanya sesuai dilayari menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox dan Opera

Kebanyakan gambar dan video yang ku letak di post terutama di post-post catatan ringkas mingguan, ku sertakan dengan tag "display: none;" untuk tidak memperlihatkan kandungan dan ianya boleh dimunculkan dan ditutup semula dengan mengklik butang onclick seperti ini →

Dengan menggunakan browser yang biasa ku gunakan iaitu Google Chrome, kode HTML ini berfungsi dengan baik biarpun berapa banyak gambar atau kandungan lain diletak di
bawah tag berkenaan.

Bagaimanapun, telah sekian lama, baru tadi aku mencuba di Internet Explorer. Bila klik saja butang onclick di satu entri blog ini, gambar-gambar yang agak berjela ke bawah telah bertindih dengan ruangan ulasan. Bila diklik semula, ia meninggalkan pula satu ruang kosong.

Di IE: Gambar bertindih dengan ruang ulasan.
Di IE: Ruang ulasan bertindih dengan post footer.
Di bawah tertinggal ruang kosong.
Perkara ni tak berlaku di browser lain. Lancar je bila aku cuba di Mozilla Firefox dan Opera.

Oleh kerana beratus dah entri ku letak dengan kode HTML ini, rasanya tak larat lah aku nak cuba memperbetulkannya. Biar le. Lagipun aku tak tau di mana kesilapannya.

Cuma aku boleh buat anggapan bahawa blog ku ini hanya sesuai dilayari menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox dan Opera. Habis cerita.

Atau mungkin ada pembaca yang tau sebabnya, boleh la kongsikan bersama di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan