Bekas Mr Universe yang kini berumur 100 tahun

Manohar Aich, Mr. Universe 1952.
Ketinggiannya hanya 4 kaki 11 inci, tapi itu bukan penghalang baginya sebagai seorang ahli bina badan untuk merangkul gelaran Mr Universe.

Manohar Aich yang juga digelar 'Pocket Hercules' kerana ukuran badannya, pernah memenangi gelaran Mr Hercules dalam satu pertandingan pada tahun 1950, mendapat tempat kedua dalam pertandingan Mr. Universe setahun kemudian dan seterusnya berjaya memenangi gelaran berprestij itu pada 1952 di London.

Pada hari Sabtu lepas di India, Manohar Aich menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 100.

Usianya kini 100 tahun.
Di sebalik kejayaan yang pernah dicapainya, ada seperkara yang Monahar kesali: Tidak pernah bertemu Arnold Schwarzenegger.

"Saya suka aksi luar biasa beliau dalam filem", kata Monahar. #DAILY NEWS

Ulasan