Isnin, 12 September 2011

Kanak-kanak hisap tetek lembu

Adalah perkara biasa jika kita mendengar ada orang mengatakan anak mereka 'menetek', 'minum susu botol' atau 'minum susu lembu'. Ada juga yang kata 'hisap susu botol' atau 'hisap susu lembu'. Biasa je tu. Tapi kalau kita dengar, 'hisap tetek lembu'.. haa, ini baru boleh kita anggap pelik dan terkeluar dari biasa.

Nak dijadikan cerita, ada seorang kanak-kanak di perkampungan Pheas di wilayah Siem Reap, Kemboja, 195 batu dari Phnom Penh yang menghisap susu lembu atau lebih tepat lagi, menghisap tetek lembu!

Tha Sophat, kanak-kanak berusia 18 bulan yang tinggal bersama datuknya dikatakan mula menghisap susu lembu 'terus dari sumber' sejak beberapa bulan lepas setelah kedua ibubapanya pergi ke Thailand untuk bekerja.

Sophat dibiarkan menghisap susu lembu oleh datuknya

Jiran dan penduduk sekampung tidak senang dengan cara penyusuan Sophat tapi menurut
datuknya, Um Oeung: Kesihatannya baik, dia kuat dan dia tidak mendapat cirit-birit.

– Takpa la, susu tu tulen, tidak diproses dan tiada campuran bahan pengawet. Cuma.. kena lah jaga kebersihan agar tiada jangkitan dan jangan sampai budak kecik berkenaan ingat lembu tu emak dia, sudah.

Sumber: Mail Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan