Bahayanya rokok, jangankan hisap.. minta pun boleh mati

Gambar hiasan.
Malang sungguh seorang lelaki OKU ni, dah le minta rokok tak dapat, kena belasah pulak dengan rotan oleh seorang lelaki pelokek gile. Apa tak pelokeknya, rokok sebatang punya pasal pun nak belasah orang ke? Orang OKU pulak tu.

Lelaki OKU berkenaan mati setelah enam hari dilaporkan tidak sedarkan diri di Hospital Kuala Lumpur.

Berita yang ku petik di
Kosmo Online,

Mati dipukul kerana minta rokok
09/09/2011 4:13pm

KUALA LUMPUR - Hanya kerana ingin meminta rokok, seorang lelaki kelainan upaya (OKU) mati akibat dipukul seorang lelaki dengan rotan berhampiran sebuah kelab di Sungai Besi dekat sini Sabtu lepas.

Mangsa yang berumur 59 tahun mati kira-kira pukul 10 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur setelah enam hari dilaporkan tidak sedarkan diri.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, berdasarkan hasil laporan awal pihak hospital, mangsa dikatakan mati akibat jangkitan paru-paru tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa dikatakan telah memarahi suspek kerana enggan memberi rokok kepadanya.

"Suspek kemudiannya berang dengan kelakuan mangsa sebelum bertindak mengambil sebatang rotan di dalam bonet keretanya dan memukul mangsa berkali-kali,” katanya di sini hari ini.

Chin Wah berkata, abang mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis tidak menolak kemungkinan ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh alkohol, katanya. - Bernama

Ulasan