10Gambar, bahagian 1

Gambar dipetik (main kebas je) dari mana-mana laman web yang ku jumpa. Klik gambar untuk terus ke sumber.

Kamera buruk, dibuat pada tahun 1932. Tapi jangan terperanjat, ianya terjual dengan harga euro1.32 juta (RM4.34 juta) di satu lelongan, menjadikan kamera Leica 0-series ini, kamera termahal pernah dijual setakat ini.

Pejam mata.. kelihatan lah keseluruhan lukisan di atas kelopak mata yang dilukis oleh Katie Alves, seorang artis make-up.

Gambar Kate Middleton dan Putera William yang dihasilkan oleh artis Sepanyol, Juan Osborne, menggunakan 200,000 perkataan dari berbagai warna dan saiz. 

Gambar ni gambar asli, tidak diubah sama sekali. Bangunan berkenaan yang terletak di Sopot, Poland memang dibina macam tu rupa. Těrpleot.

Hidangan yang disediakan di sebuah hotel yang mengenakan bayaran £300/malam – khas untuk anjing. Punya lah lebih duit pemilik anjing ni.. mbazir.

Pesta bogel? Bukan. Ini adalah gambar sekumpulan orang asli Zo’é yang tinggal di hutan tebal Amazon di bahagian utara Brazil. 

Apa benda kat sabit tu? Lak eeii.. besarnya ulat bulu.. hihh.

Gambar dari udara yang menunjukan abu yang dimuntahkan oleh gunung berapi Grímsvötn, Iceland melepasi awan pada 21 Mei lalu.

Mak ooi! Janggut.. boleh buat mop. Hati-hati misai tu tercucuk mata, buta.

Ini lagi lah pulak.. bukan topi dari kulit binatang tapi topi dari bangkai musang (red fox). Ape tak kucing siam yang masih hidup tu tarok atas kepala? Kan lagi cantik.

Ulasan