Tsunami dan gempa bumi Jepun


Ombak tsunami menghanyutkan bangunan di Sendai.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter telah berlaku di luar pantai Jepun, mencetuskan tsunami setinggi sehingga 10 meter dengan diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam berikutnya, menyebabkan banyak kerosakan harta benda. Lebih 300 orang disahkan terkorban di bandaraya Sendai. Angka dijangka meningkat.

Gegaran 8.9 pada skala Richter ini adalah antara 10 gegaran yang paling kuat pernah direkodkan.

Orang ramai berada di atas sebuah bangunan di lapangan
terbang Sendai di wilayah Miyagi ketika ombak dari laut
 melanda, menghanyutkan kenderaan dan pesawat.

Paras air naik secara mendadak di  Iwaki, Fukushima.

Kereta, lori dan harta benda lain yang telah dihanyutkan di Kesennuma, Miyagi.

Jalanraya yang terpaksa ditutup kerana keruntuhan yang berlaku
di wilayah Fukushima.

Orang ramai menyaksikan kejadian dari atas bangunan di  Kesennuma, Miyagi. 

Pusaran ombak yang amat besar berlaku di
perairan Oarai, Ibaraki.

Air laut dengan ombak yang tinggi melanda kawasan perumahan di  Natori, Miyagi. 

Paras air yang tinggi berlaku di keseluruhan bandaraya Kesennuma, Miyagi.

Api yang marak di beberapa buah rumah di bandaraya Natori, Miyagi.

Polis mengawal orang ramai yang berpusu-pusu keluar
dari bangunanan pusat kewangan Tokyo.

#Guardian.

Update: 13/3/11


Pihak berkuasa tempatan mendedahkan bahawa nasib 9,500 orang di bahagian timur laut
pelabuhan Minamisanriku masih belum diketahui setelah lebih dari 24 jam dua kejadian bencana yang berlaku serentak (tsunami dan gempa bumi). Angka rasmi mangsa yang terkorban setakat ini adalah 574 orang, tetapi lebih 1,700 orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan atau dihanyutkan ombak. - petikan - Dailymail

Update: 14/3/11

Jumlah angka yang terkorban dari tragedi terbabit menghampiri 1,600 pada hari Ahad, dengan lebih daripada 1.900 tercedera dan hampir 1,500 hilang, kata agensi polis kebangsaan. Gempa bumi berukuran 8,9 menembusi Jepun pada hari Jumaat, mencetuskan gelombang besar yang merosakkan apa saja di laluannya. - petikan - CNN

Update: 15/3/11 Keadaan bertambah buruk: Semua ketiga-tiga reaktor nuklear yang rosak kini hampir dalam keadaan 'meltdown' di loji kuasa akibat serangan tsunami.
Loji nuklear Fukushima Dai-ichi digegarkan dengan letupan kedua pada Isnin.
Para pegawai mengakui bahawa batang bahan bakar mencair dalam tiga reaktor yang rosak. Ada risiko bahawa bahan bakar nuklear berkenaan boleh mencairkan halangan keselamatan reaktor dan menyebabkan kebocoran radiasi yang serius. Dua letupan telah terjadi di dalam reaktor yang melampaui kepanasan pada loji nuklear Dai-ichi Fukushima. Batang bahan bakar di dalam loji ketiga, sebahagiannya telah terdedah walaupun jurutera bermati-matian berjuang untuk mengawal suhu selepas tsunami menjejaskan sistem.
Sukarelawan Palang Merah yang pulang dari Fukushima menjalani
pemesiksaan radiasi di sebuah hospital di Nagahama, Shiga. 
#Mail Online Update: Tak cukup dengan gempa bumi, tsunami dan kemungkinan krisis nuklear.. Jepun juga mengalami bencana letusan gunung berapi. Beratus penduduk sekitar gunung berapi berkenaan telah berpindah untuk mengelak dari dihujani debu panas.
Gunung berapi Shinmoedake di Kirishima meletus pada hari Ahad.
- petikan - Mail Online Update: 20/3/11 Jepun dicemaskan dengan penemuan kesan radiasi di dalam air paip Tokyo. Tahap tinggi radioaktif juga ditemui pada susu dan bayam di kawasan sekitar loji nuklear Fukushima yang rosak menyebabkan pihak kerajaan Jepun melarang penjualan makanan di kawasan berkenaan. Lebih dari 36 juta orang mempunyai akses terhadap air bersih ibukota - di mana kesan iodine radioaktif telah dikesan. Tahap radiasi tidak normal ditemui dalam bekalan air di empat daerah lain di sekitar ibu negara. Tahap tidak dikatakan berbahaya. Sementara itu pihak polis mengesahkan lebih dari 7,000 orang telah terkorban akibat bencana tsunami dan gempa bumi. Update: Pihak polis Jepun menyatakan sekitar 15,000 orang berkemungkinan telah terkorban di wilayah Miyagi. Angka rasmi yang terkorban setakat ini meningkat kepada 8,450 orang, dengan 12,931 orang masih hilang. Seorang wanita tua berusia 80 tahun dan cucunya ditemui hidup setelah terperangkap selama sembilan hari di bawah runtuhan rumah di bandaraya Ishinomaki. Update: 22/3/11 Angka korban meningkat kepada 9,079 orang, pihak polis mengesahkan, dengan 12,645 orang masih belum ditemui. Lebih 350,000 orang tinggal di penempatan sementara di bahagian utara dan timur Jepun di mana kebanyakkan mereka kekurangan makanan, air dan bahanapi. Kabel kuasa telah dipulihkan di loji nuklear Fukushima Daiichi. Namun, para pegawai berkata ujian lebih lanjut perlu dilakukan sebelum kuasa boleh dihidupkan. Ketika ini, air laut masih disemburkan ke reaktor No 3 untuk mendinginkannya.
- petikan - CNN Update: 24/3/11 OSAKA: Bilangan mangsa yang disahkan maut atau hilang di Jepun kini melebihi 26,000 orang, hampir dua minggu selepas gempa bumi kuat dan tsunami besar melanda pantai timur laut negara itu. Terdapat kebimbangan angka korban bencana yang meranapkan seluruh bandar di pantai Pasifik pulau Honshu itu meningkat lebih tinggi. Agensi Polis Kebangsaan menyatakan perangkaan terkini ialah 9,700 mangsa disahkan mati manakala 16,501 lagi disahkan hilang, iaitu keseluruhan 26,201 mangsa akibat bencana berkembar pada 11 Mac lalu.Seramai 2,766 lagi mangsa cedera. - AFP/Berita Harian

Ulasan