Isnin, 15 November 2010

Wanita yang melahirkan 69 orang anak

Gambar yang bertajuk 'reunion' dari sebuah laman web
dipercayai gambar keluarga Feodor Vassilyev.

Feodor Vassilyev adalah seorang petani dari Shuya, Russia. Isterinya, Valentina Vassilyev tercatat sebagai wanita yang melahirkan paling ramai anak, 69 orang.

Bagaimanapun, hanya sedikit butiran yang diketahui tentang kehidupan Valentina Vassilyev seperti tarikh lahir dan kematiannya. Dia melahirkan 16 pasang anak kembar, 7 kali anak kembar tiga dan 4 kali anak kembar empat di antara tahun 1725 hingga tahun 1765, berjumlah 27 kelahiran. 67 dari 69 orang anak dikatakan selamat menempoh kelahiran.

Kisah tentang anak-anak Feodor Vassilyev buat pertama kali diterbitkan, muncul dalam edisi The Gentleman's Magazine (Vol. 53 hal 753, London, 1783) dengan kenyataan maklumat, "Biarpun mengejutkan, mungkin bergantung, kerana ia (maklumat) datang langsung dari peniaga Inggeris di St Petersburg kepada sanak saudara di England, yang menambah bahawa petani itu memang harus diperkenalkan kepada Ratu."

Beberapa sumber penerbitan meragui mengenai kebenaran cerita ini.

Bagaimanapun, maklumat tentang anak-anak Feodor Vassilyev ada tercatat di Guinness Book of World Records. - petikan - Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan