Kejadian luarbiasa: Buaya cuba tangkap gajah

Seorang pelancung, Martin Nyfeler dari Kloten, Switzerland, terserempak kejadian ini dan sempat merakamkannya semasa melawat Taman Negara Luangwa, Selatan Zambia pada penghujung September lalu.

Seekor buaya menyambar belalai seekor gajah betina dewasa
yang sedang menyedut air di tepi sungai bersama anaknya

Gajah cuba melepaskan diri tapi rahang buaya dengan
kuat memaut belalai gajah.
Anak gajah berselindung di sebalik ibunya yang
sedang berusaha menyelamatkan diri.
Buaya yang terseret hingga ke daratan akhirnya melepaskan gigitan.
Kelihatan anak gajah terjatuh menimpa buaya sebelum
gajah dua beranak itu melarikan diri, terlepas dari
menjadi mangsa buaya berkenaan.
#Nationalgeographic

Ulasan

miri4ever.net berkata…
nasib baik gajah tu dapat lepaskan diri daripada sang buaya tu...
Orandableg berkata…
Dah naik ke darat, buaya takda peluang nak tumpaskan gajah