Bandaraya paling tercemar

Bandaraya Linfen yang terletak di bahagian barat daya Wilayah Shanxi,  China,  
dikenali oleh masyarakat antarabangsa sebagai bandaraya yang tercemar. 

Bandaraya Linfen, China


Berbasikal dengan memakai topeng di
bandaraya Linfen.

Pada 2007, Blacksmith Institute, sebuah organisasi yang membuat pemantauan peringkat pencemaran, menyatakan bahawa Linfen adalah bandaraya yang paling tercemar di dunia. The Mother Nature Network pula, sebuah laman web yang menyiarkan berita dan imformasi alam persekitaran, menganggap Linfen sebagai bandaraya terkotor. Pencemaran yang teruk di Linfen juga membuat penulis di Time.com menyatakan, 'Don't bother hanging your laundry - it'll turn black before it dries.'

Masalah pencemaran Linfen bermula seiring pertambahan kegiatan ekonomi pada akhir 1990an dan pencemaran semakin menjadi selepas 2002. Industri arang batu yang meningkatkan pengeluaran menjadi punca utama selain asap kenderaan yang semakin banyak.

Pada tahun 2004, dari 365 hari, hanya 15 hari tahap pencemaran udara yang berada di luar paras bahaya.

Bandaraya Linfen yang kelihatan di penuhi jerebu.

Bagaimanapun, penonjolan Linfen sebagai bandaraya paling tercemar telah membuat pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah pengurangan pencemaran termasuk menghalang lori-lori yang membawa arangbatu dari melalui bandaraya dan mengurangkan 'boiler' pemanas udara yang menggunakan arangbatu. Kini, sekitar 85 peratus pemanas udara di bandaraya tersebut menggunakan gas. Usaha ini dikatakan telah berjaya menurunkan indeks pencemaran udara.

Baru-baru ini satu artikel di Cnngo.com menyatakan bahawa bandaraya Linfen sudah berubah. Pencemaran telah berkurangan berbanding sebelumnya, sekaligus mengubah imej Linfen yang dianggap bandaraya paling tercemar di dunia.

Xiao, gadis Linfen.
Menurut penulis artikel berkenaan, seorang gadis tempatan bernama Xiao memberitahunya, dia tahu orang luar menganggap Linfen kotor. "Kami cuba mengubahnya, dan keadaan menjadi lebih baik," menurutnya. Dia menjelaskan bahawa usaha mengitar semula telah berjalan di tahun-tahun kebelakangan ini. Penduduk mengutip sampah dan lori menyemburkan air ke jalanraya untuk mengurangkan habuk.   

Terdapat juga panel solar di atas bumbung sesetengah bangunan. "Tapi tiada apa yang kita boleh buat dengan lombong arang batu," Xiao berkata. "Itu adalah kehidupan kami. Itu adalah cara penduduk mencari wang dan terus hidup."       

- Gambar-gambar di sekitar bandaraya Linfen yang diambil pada bulan Ogos 2010 oleh penulis Cnngo. -

Panel solar di atas bumbung bangunan dan serombong kilang yang kelihatan dari jauh. 
Pintu masuk ke bandaraya Linfen.
Pokok-pokok bunga menjadi penyeri bandaraya yang pernah dianggap 
terkotor di dunia tiga tahun lalu.
Pemandangan di sebuah hentian keretapi.

Ulasan