Video: Beruang zoo yang pandai berkung fu

Seekor beruang di Asa Zoo di Hiroshima, Jepun, mempunyai kebolehan melontar dan memusingkan kayu. Beruang yang diberi nama Claude, juga digelar 'beruang kung fu' kerana kebolehannya. Para penjaga zoo menerangkan, mereka menyedari kebolehan Claude lantas memberikan lebih kayu untuk beruang itu bermain.

Pakar perilaku haiwan, Professor Marc Bekoff dari University of Colorado berkata bahawa rakaman video tersebut adalah contoh yang mengkagumkan bagaimana haiwan mengawal objek. "Ini melebihi kebiasaan haiwan dalam menggunakan alat tetapi anda boleh melatih anjing laut mengimbang bola di atas hidung dan melatih gajah melukis dengan belalai. Jadi, mengapa tidak beruang ini," dia berkata. "Tanpa latihan, sukar dipercayai haiwan ini mengajar dirinya sendiri secara spontan," Professor Bekoff menambah. "Pergerakan 'kung fu' bukan pergerakan semulajadi, mungkin juga ini terjadi kerana beruang berada dalam situasi bosan yang amat sangat." Claude, 'beruang ku fu' ini telah ditempatkan di Asa Zoo sejak enam tahun dahulu setelah kematian ibunya di hutan.

Ulasan