Rabu, 2 Jun 2010

Lubang Benam Besar terjadi di Guatemala

Satu kejadian lubang benam besar berlaku di bandaraya Guatemala , Guatemala, 30 Mei 2010, dilaporkan menelan sebuah bangunan tiga tingkat.

Kemungkinan lubang benam ini telah beberapa minggu atau telah bertahun-tahun bermula di bawah tanah, akhirnya tanah runtuh menghasilkan lubang benam yang besar, menurut para saintis.

Kelihatan seorang anggota polis berjalan berhampiran lubang benam. Gambar 30 Mei 2010, hari pertama lubang muncul.

Adalah tidak selamat menghampiri jurang. Berdasarkan rupabentuk dan lapisan bawah tanah, lubang benam di Guatemala boleh membesar dan menjatuhkan lebih banyak bangunan, menurut James Currens, seorang ahli haidrogeologi dari Universiti Kentucky.


Gambar dari udara, lubang benam selebar 60 kaki (18 meter) dan sekitar 300 kaki (100 meter) dalam, menjelaskan bagaimana lubang boleh menelan keseluruhan bangunan tiga tingkat.

Taufan Agatha turut dikatakan menjadi penyebab kejadian lubang benam di Guatemala.

Gambar kejadian yang serupa pada 2007, menelan beberapa buah rumah dan mengorbankan tiga nyawa, juga di bandaraya Guatemala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan