Lukisan Picasso terjual dengan harga US$106.5 juta

 
'Nude, Green Leaves and Bust'

NEW YORK 5 Mei - Sebuah lukisan perempuan simpanan Pablo Picasso yang dihasilkan pada tahun 1932 berjaya dilelong pada harga AS$106.5 juta (RM342.1 juta), satu catatan rekod dunia untuk lelongan hasil karya seni.

Lukisan 'Nude, Green Leaves and Bust' yang pada mulanya dijangka terjual pada harga antara AS$70 juta (RM224 juta) dan AS$90 juta (RM289 juta), berjaya dijual di firma lelongan Christie semalam kepada seorang pembida yang tidak dikenali menerusi panggilan telefon. Menurut Christie, bidaan berlangsung selama sembilan minit melibatkan lapan orang pelanggan di dalam bilik jualan dan menerusi telefon. Ketika lelongan mencecah harga AS$88 juta (RM284 juta), hanya dua pembida sahaja yang kekal. Bidaan terakhir adalah pada harga AS$95 juta (RM307 juta), namun pembida terakhir telah membelinya pada harga AS$106.5 juta (RM342.1 juta).

Ketua impresionis dan seni moden Christie di New York, Conor Jordan berkata, beliau sangat gembira dengan hasil tersebut. "Hasil lelongan yang menakjubkan ini menunjukkan keyakinan dalam pasaran dan keghairahan peminat karya seni dalam memiliki hasil kerja yang berkualiti," katanya.

Lukisan perempuan simpanan Picasso, Marie-Therese Walter dipamerkan di Amerika Syarikat hanya sekali iaitu di Los Angeles pada tahun 1961 sempena meraikan ulang tahun ke-80 kelahiran Picasso. Lukisan itu, yang berukuran 1.5 meter tinggi dan 1.2 meter lebar, menunjukkan gambar wanita itu sedang berbaring dalam keadaan bogel manakala imej Picasso berdiri di belakang sambil memandang ke arahnya.

Lukisan itu dimiliki oleh seorang penaung seni California, mendiang Frances Lasker Brody yang membelinya pada tahun 1950-an dan disimpan oleh keluarganya sejak itu. - AP

Picasso ni banyak juga melukis gambar wanita. Ada yang cantik, yang bogel dan ada yang pelik sangat bentuk wanita dalam lukisannya.. hidung kat tepi, mata senget sebelah, buah dada bulat saja macam bola dan macam-macam lagi.. seni lah katakan. Abstract tu. 

Antara gambar wanita lukisan Picasso

>

Tahukah anda bahawa pelukis terkenal yang berasal dari Sepanyol ini mempunyai nama yang panjang iaitu Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Ruiz y Picasso. Meninggal dunia pada 8 April, 1973 di Mougins, Perancis, pada usia 91 tahun.


Pablo Picasso

Ulasan