Rabu, 19 Jun 2013

IPU di paras bahaya lagi?

Lebih kurang pada pukul 6:30 pagi tadi aku keluar rumah untuk menghantar anak ku ke sekolah. Alang kah terkejutnya aku bila melihat suasana di luar bagaikan di dunia kayangan (agaknya macam tu la). Semuanya kelihatan samar-samar diselaputi 'kekelabuan' – pepokok, jalanraya dan lampu jalan juga kelihatan malap. Jerebu!! Mak aii, punya lah tebal. Menunggang motosikal pun terasa pedih mata walaupun aku bawak pelan je.

Balik dari menghantar anak ku, aku sambung membuta kat rumah. Bangun pukul 9:00 pagi, ku lihat suasana berjerebu agak berkurangan. Mungkin kah jerebu ini hanya permulaan kepada jerebu yang membawa IPU (indeks pencemar udara) di Muar ke paras bahaya seperti yang
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates

Ahad, 9 Jun 2013

Bagaimana bentuk muka manusia 100,000 tahun akan datang

Gambar hiasan: Homo Ergaster.
Menurut saintis, muka manusia telah berkembang sejak zaman dahulu dan ia dijangka terus berevolusi pada masa hadapan.

Hari ini, otak kita adalah tiga kali lebih besar dari saiz otak nenek moyang kita. Selari dengan perkembangan berkenaan kepala kita juga menjadi lebih besar, tengkorak berkembang dan ciri-ciri kita menjadi mendatar.

Kini dengan adanya teknologi yang manusia gunakan, contohnya Google Glass, bagaimana kah kepala dan muka kita akan berubah dalam 20,000 tahun, 60,000 tahun dan juga 100,000

Ahad, 2 Jun 2013

Kenapa mencabar penembak air pasukan polis adalah satu kesilapan

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Taksim, Istanbul, membantah rancangan kerajaan Turki untuk membangunkan semula Taman Gezi. Demonstrasi tersebut dikatakan paling besar pernah diadakan. Pihak polis melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata beberapa kali dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk menyuraikan demonstrasi.

Seperti biasa, bila berlaku perkara sebegini ada saja media ongputih yang mengatakan tindakan polis itu sebagai Police 'mistakes', padahal anggota polis dikerahkan untuk menyuraikan himpunan penunjuk perasaan yang semakin liar. Beberapa kenyataan dari pihak penunjuk perasaan yang cuba menegakkan benang mereka (basah atau kering tak pasti lagi) disiarkan. Beberapa isu lain dibangkitkan, menggambarkan kerajaan Turki sebagai

Ahad, 26 Mei 2013

Pakatan Rakyat kalah undi popular di 9 negeri termasuk Labuan dan Putrajaya

Walaupun BN diumumkan secara rasmi memenangi PRU13, ada pihak PR menyatakan mereka lah yang memenangi pilihan raya. Selain menuduh ada penipuan oleh SPR, mereka juga menyatakan mereka lah yang sepatutnya menang, melalui undi popular di PRU13. Sebenarnya bukan mereka tak tahu bahawa jumlah KERUSI yang menentukan kemenangan bagi membentuk kerajaan, bukan undi popular.

Okay la, nak kata mereka menang undi popular dengan kelebihan sebanyak 361,101 undi keseluruhan, tak dapat kita nafikan.

. BN menang 133 Kerusi, 5,262,983 undi (46.87%). PR menang 89 Kerusi, 5,624,084 undi (50.85%). Lebihan undi 361,101.

Tapi tahu kah makcik-pakcik, tuan-puan, saudara-saudari, abang-adik-kakak dan semua yang terkeliru (dikelirukan), bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya kalah dalam undi popular di 9 (sembilan) buah negeri termasuk Labuan dan Putrajaya?! Lebihan undi popular yang mereka terima hanya dari 4 negeri iaitu di Kelantan, Pulau Pinang,

Rabu, 22 Mei 2013

Mekanik pandu uji Lamborghini terlibat kemalangan, penunggang skuter terkorban

Sebuah kereta Lamborghini tanpa plat nombor pendaftaran telah terlibat dalam satu kemalangan, melanggar sebuah SUV Hyundai dan sebuah skuter. Penunggang skuter yang tercampak jauh akibat dilanggar, mati di tempat kejadian. Dari siasatan polis trafik, pemandu yang terlibat bukan lah pemilik Lamborghini berkenaan tetapi seorang pekerja sebuah kedai membaiki kereta dan dia sedang memandu uji kenderaan tersebut. Menurut analisis seorang pegawai polis, Lamborghini terbabit mungkin telah memecut selaju 200 kilometer sejam

Terkini di Blog Kecilku